AGENDA

Pasangan kekasih curi motosikal, punyai rekod kes dadah ditahan polis

9 Ogos 2024, 2:54 AM
Pasangan kekasih curi motosikal, punyai rekod kes dadah ditahan polis

IPOH, 9 OGOS: Tindakan sepasang kekasih mencuri motosikal di daerah Parit Buntar akhirnya membawa padah apabila mereka ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 24 tahun itu ditahan di sebuah inap desa di Kuala Kurau pada 2.30 petang.

Beliau berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki berumur 36 tahun yang kehilangan sebuah motosikal di rumahnya pada hari yang sama.

"Polis menemukan semula motosikal yang dilaporkan hilang itu dan kenderaan itu ada pada suspek," katanya dalam satu kenyataan.

Juna berkata suspek lelaki mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah, manakala suspek wanita turut mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan kes sama.

Suspek wanita itu baru dua hari dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian atas kesalahan dadah dan dalam tempoh jaminan sementara menunggu hari perbicaraan .

Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Parit Buntar hari ini bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619