GLOBAL

Tarif keluli: Kesatuan Eropah sedia bertindak balas ke atas Amerika

8 Mac 2018, 2:11 AM
Tarif keluli: Kesatuan Eropah sedia bertindak balas ke atas Amerika

BRUSSELS 8 MAC: Kesatuan Eropah (EU) sudah bersedia untuk bertindak balas kepada tarif ke atas import keluli dan aluminium yang akan dikenakan Amerika Syarikat (AS), tetapi masih berharap ia dapat dielakkan, kata ketua perdagangan kesatuan itu.

"Perang perdagangan tiada pemenangnya dan adalah lebih baik sekiranya ia tidak berlaku, yang mana kita boleh bekerja dengan rakan Amerika dan sekutu lain dalam isu teras masalah ini, iaitu lebihan pengeluaran," kata Pesuruhjaya Eropah bagi Perdagangan, Cecilia Malmstrom.

"Tetapi sekiranya ia berlaku, kita harus mengambil langkah untuk melindungi pekerjaan di Eropah," katanya lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Donald Trump terus berdegil dan kelihatannya beliau bersedia untuk meluluskan tarif itu minggu ini dalam usaha beliau untuk menekan China supaya berbuat sesuatu bagi mengimbangi perdagangan yang tidak seimbang antara AS dan China.

Sehari selepas peletakan jawatan penasihat ekonomi Gary Cohn, bersama beberapa tokoh politik lain, Rumah Putih berkata Trump di landasan untuk merealisasikan cadangan itu hujung minggu ini.

Ada yang meramalkan Trump akan membuat pengisytiharan presiden seawal Khamis.

Kumpulan pelobi perniagaan utama AS mengeluarkan kenyataan keras memberi amaran tarif itu akan menjejaskan pekerjaan dan sektor pembuatan AS.

SUMBER: REUTERS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619