BERITA UTAMA

EXCO: Selangor sasar bantu 10,000 pencari kerja melalui karnival kerjaya

17 Jul 2024, 8:03 AM
EXCO: Selangor sasar bantu 10,000 pencari kerja melalui karnival kerjaya
EXCO: Selangor sasar bantu 10,000 pencari kerja melalui karnival kerjaya
EXCO: Selangor sasar bantu 10,000 pencari kerja melalui karnival kerjaya

SHAH ALAM, 17 JULAI: Kerajaan Negeri mensasarkan membantu 10,000 pencari kerja sepanjang penganjuran Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor tahun ini.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata program yang memasuki tahun ketiga penganjuran itu akan diadakan di setiap daerah sehingga akhir Disember ini.

“Cita-cita saya besar, saya harap program ini sekurang-kurangnya membantu 10,000 orang untuk mendapatkan pekerjaan baharu. Tapi itu adalah jangkaan, saya harap angka itu boleh capai lebih tinggi.

[caption id="attachment_652656" align="aligncenter" width="798"] EXCO Sumber Manusia V Papparaidu (tengah) bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon di Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor 2024 di Menara BAC, Petaling Jaya pada 17 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Untuk karnival kerjaya tahun ini, ia sama seperti penganjuran dua tahun lalu. Saya gembira kerana program ini sentiasa mendapat sambutan baik daripada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor peringkat Petaling Jaya di Menara BAC di sini, hari ini. Hadir sama Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon.

Dalam pada itu, Papparaidu berkata 4,169 jawatan kosong daripada 23 majikan ditawarkan pada program karnival kerjaya di Petaling Jaya.

Menurutnya, tiga syarikat turut menawarkan gaji lumayan sehingga RM10,000 kepada calon yang berkelayakan selain pelbagai kemudahan dan insentif menarik.

“Sebenarnya banyak syarikat yang kini mengutamakan bakat anak tempatan kerana pekerja asing memerlukan kos lebih tinggi. Perkara ini sangat baik kepada ekonomi kita,” katanya.

Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor 2024 akan diteruskan di Dewan Sri Jugra, Kuala Langat pada 10 Ogos seterusnya di Dewan MPAJ Kampung Ampang Indah 17 Ogos ini.

Jelajah JobCare yang bermula pada 2022 merupakan inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi yang hilang pendapatan pasca pandemik Covid-19.

[caption id="attachment_652657" align="aligncenter" width="1000"] Orang ramai mengunjungi Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor 2024 di Menara BAC, Petaling Jaya pada 17 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619