AGENDA

Tiga pekerja selenggara maut, seorang cedera kemalangan kereta di NKVE

13 Jul 2024, 8:42 AM
Tiga pekerja selenggara maut, seorang cedera kemalangan kereta di NKVE

SHAH ALAM, 13 JULAI: Tiga warga asing maut dalam kemalangan jalan raya selepas sebuah kereta merempuh “water barier” serta pembahagi jalan di Kilometer (KM) 3.1 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kemalangan itu mengakibatkan dua lelaki warga India serta seorang warga Bangladesh berumur 24 hingga 29 tahun yang merupakan pekerja kontraktor syarikat penyelenggaraan maut.

Beliau berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu jam 3.30 pagi dan kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki berumur 20-an dari arah Damansara menghala Klang hilang kawalan ketika melalui kawasan berkenaan, ketika kerja penyelenggaraan sedang dijalankan.

“Seorang lagi mangsa cedera ringan. Mereka dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata pemandu kereta itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam ASP Raja Mahadi Raja Mahmudin di talian 012-3097660 bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619