AGENDA

Tiga maut, seorang cedera nahas tiga kenderaan di Lebuhraya Senai Desaru

2 Sep 2023, 11:19 AM
Tiga maut, seorang cedera nahas tiga kenderaan di Lebuhraya Senai Desaru

KOTA TINGGI, 2 SEPT: Tiga maut dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 50.1 Lebuhraya Senai Desaru menghala Bandar Penawar di sini hari ini.

Mangsa yang disahkan maut di tempat kejadian masing-masing berusia 19 tahun dan 20 tahun.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan I, Izwani Abd Hamid berkata, laporan awal kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Bezza, Volkswagen dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova diterima pada jam 1.43 tengah hari.

Menurutnya, enam anggota dari BBP Bandar Penawar dan sembilan anggota dari BBP Pasir Gudang dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa, lapor Sinar Harian.

"Anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

"Tiga mangsa di dalam kereta Perodua Bezza disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi mangsa berusia 19 tahun cedera.

"Selain itu, empat mangsa berusia 11 hingga 51 tahun dalam Toyota Innova cedera ringan manakala pemandu Volkswagen berusia 50 tahun, dilaporkan selamat," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dihantar ke hospital dan operasi ditamatkan pada jam 3.50 petang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619