AGENDA

Mekanisme pelarasan gaji penjawat awam diumum bulan depan

11 Jul 2024, 12:38 AM
Mekanisme pelarasan gaji penjawat awam diumum bulan depan

SHAH ALAM, 11 JULAI: Mekanisme pelarasan gaji penjawat awam akan diumumkan serentak dengan pelancaran Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dijadualkan Ogos depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata perkara itu akan dimaklumkan bersempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19.

"Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan berkenaan pelaksanaan SSPA yang menjelaskan mekanisme itu," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung mekanisme kenaikan gaji penjawat awam termasuk kajian kebolehlaksanaan yang dijalankan.

Pada 1 Mei, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji kepada penjawat awam dengan kenaikan melebihi 13 peratus, tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara.

Pelarasan terakhir diterima pada 2012 sebanyak 13 peratus, beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan pendapatan minimum penjawat awam sebanyak RM1,795 tidak muhasabah.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619