SELANGOR

Mangsa kebakaran Bagan Hailam terima bantuan

1 Mac 2018, 6:29 AM
Mangsa kebakaran Bagan Hailam terima bantuan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

KLANG, 1 MAC: Sebanyak 14 keluarga mangsa kebakaran di Bagan Hailam, Pelabuhan Klang menerima bantuan segera RM7,000 daripada Kerajaan Negeri, pada 27 Februari lalu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, setiap keluarga menerima RM500 bagi meringankan beban mangsa.

"Bantuan ini tidak terhenti di sini, sebaliknya Kerajaan Negeri akan terus meneliti sumbangan lain bagi meringankan beban mereka.

"Mungkin kita boleh usahakan membantu membina semula rumah mereka yang hangus terbakar 100 peratus. Bagaimanapun, perkara itu perlu dibincang dan diteliti untuk tindakan lanjut," katanya.

Difahamkan, 13 rumah setinggan atas air musnah dan hangus terbakar, manakala sebuah lagi musnah 50 peratus, pada malam ketiga sambutan Tahun Baharu Cina.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu memusnahkan sebahagian besar kediaman penduduk berbangsa Cina dengan api marak dalam tempoh setengah jam.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Selat Klang, Dr Halimah Ali menyarankan Kerajaan Negeri membina dewan orang ramai di kawasan terbabit untuk kegunaan penduduk jika ditimpa musibah.

"Mangsa kini berada di rumah saudara masing-masing kerana kawasan ini tidak mempunyai dewan, malah balai JKK juga sudah uzur dan kecil," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619