AGENDA

Datuk, nenek Zayn Rayyan dibebaskan petang ini

13 Jun 2024, 4:47 AM
Datuk, nenek Zayn Rayyan dibebaskan petang ini

PETALING JAYA, 13 JUN: Datuk dan nenek kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dibebaskan dengan jaminan polis, petang ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar yang dihubungi mengesahkan berhubung pembebasan kedua-dua individu itu.

"Mereka hanya ditahan 24 jam untuk diambil keterangan dan akan dibebaskan hari ini.

"Pembebasan hanya akan dibuat di IPD Petaling Jaya dan tidak dibawa ke mahkamah (untuk reman)," katanya lapor Berita Harian.

Sementara itu, peguam mewakili mereka, Fahmi Abd Moin memaklumkan suami isteri itu masih berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk dirakam keterangan.

"Saya hanya dimaklumkan semalam ketika hadir ke IPD Petaling Jaya, mereka kata untuk bantu siasatan kes.

"Lebih daripada itu saya tak tahu dan mereka telah diambil keterangan dari semalam, tengah malam, pagi. Polis sedang ambil keterangan lagi hari ini.

"Sepatutnya hari ini ada reman tapi saya difahamkan memang tak ada dan akan dilepaskan petang ini," katanya ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Semalam, suami isteri berusia 56 tahun itu ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor jam 2.30 petang.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan mereka bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn Rayyan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619