BERITA UTAMA

EXCO: 724 pusat tahfiz tidak berdaftar, pengusaha digesa sertai program pemutihan

13 Jun 2024, 3:44 AM
EXCO: 724 pusat tahfiz tidak berdaftar, pengusaha digesa sertai program pemutihan
EXCO: 724 pusat tahfiz tidak berdaftar, pengusaha digesa sertai program pemutihan

SHAH ALAM, 13 JUN: Sebanyak 724 institusi tahfiz persendirian dikesan beroperasi tanpa mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setakat 31 Mac, kata EXCO agama.

Berikutan itu, Dr Fahmi Ngah menggesa pengusaha mendaftar melalui Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (PITAS) sebelum 31 Disember bagi melayakkan menyertai program permutihan.

“Program pemutihan ini untuk memastikan institusi tahfiz persendirian mematuhi syarat minima kebenaran merancang dari pihak berkuasa tempatan (PBT) dan seterusnya menerima bantuan JAIS.

[caption id="attachment_647617" align="alignleft" width="402"] EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah berucap ketika Majlis penutup Konvensyen Merealisasi Khaira Ummah Selangor "Mendominasi Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran" di Dewan Syarahan dan Muzakarah, Masjid Negeri, Shah Alam pada 14 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Perkara ini penting untuk memastikan keselamatan serta kebajikan pelajar dan guru terus terjamin. Skop pemutihan ini hanya melibatkan pusat yang dibina dan beroperasi sehingga 31 Disember lalu sahaja,” katanya menerusi kenyataan.

Fahmi berkata program pemutihan diselaraskan PITAS yang bertindak sebagai agensi sehenti termasuk mengemukakan dokumen permohonan pusat tahfiz kepada PBT bagi mendapatkan kelulusan kebenaran merancang tempoh terhad (KMTT) minimum tiga tahun.

“Menerusi KMTT, PBT dapat merancang semula kawasan di samping memberi peluang kepada pengusaha atau tuan tanah untuk menjalankan aktiviti termasuk bersifat sementara berdasarkan tempoh masa ditetapkan.

“Pelaksanaan KMTT juga memberi peluang kepada pengusaha dan PBT melalui kaedah perundingan. Institusi tahfiz persendirian harus memanuhi syarat KMTT dan boleh ditamatkan sekiranya gagal mematuhinya,” katanya.

Pada sidang Dewan Negeri Selangor Mac lalu, Fahmi memaklumkan beberapa pindaan dilakukan dalam program pemutihan pusat tahfiz 2.0 bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin selain tidak menekan pengusaha antaranya melibatkan kelonggaran KMTT dan pengecualian yuran serahan.

Pada Ogos tahun lepas, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menyeru institusi tahfiz swasta dan persendirian yang belum berdaftar dengan pihak berkuasa agama Islam negeri untuk segera melaksanakannya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah perkara itu penting supaya bantuan dan peruntukan dapat disalurkan seperti yang diterima oleh institusi ps endidikan Islam berdaftar

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619