BERITA UTAMA

Pergiat program seni, budaya, angkat Selangor pusat industri kreatif

9 Jun 2024, 11:00 AM
Pergiat program seni, budaya, angkat Selangor pusat industri kreatif
Pergiat program seni, budaya, angkat Selangor pusat industri kreatif

PETALING JAYA, 9 JUN: Sejumlah peruntukan disediakan setiap tahun untuk menganjurkan program seni dan budaya seiring hasrat mengangkat Selangor sebagai pusat industri kreatif.

EXCO pelancongan berkata agensi seperti Menteri Besar Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Tourism Selangor juga sedia menyokong usaha tersebut selain mengetengahkan bakat tempatan.

"Festival Reka Bentuk dan Kraf (Tukang) 2024 yang dianjurkan Tourism Selangor adalah antara contoh acara yang bagus untuk memelihara seni dan warisan. Program seperti ini juga boleh menarik kedatangan pelancong.

“MBI dan Tourism Selangor juga sedia menyokong artis tempatan melalui pemberian dana dengan melihat kemampuan bajet yang ada untuk menonjolkan bakat mereka seperti Festival Tukang di masa akan datang,” kata Dato' Ng Suee Lim

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan penutupan festival tersebut di TheSpine, PJKita, Petaling Jaya, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Suee Lim menjelaskan Kerajaan Negeri turut memberi fokus memperluaskan program mengasah bakat artis tempatan dalam seni kreatif melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Negeri galakkan anak-anak muda berbakat menghubungi PBT melalui bahagian jawatankuasa pelancongan mengikut kawasan masing-masing bentang karya serta produk mereka untuk diteliti bagi tujuan promosi.

“Selain PBT, pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menyokong bakat seni seperti Dasein Academy of Arts dan The One Academy yang boleh menjadi platform tonjolkan karya mereka,” katanya.

[caption id="attachment_647057" align="aligncenter" width="700"] Pengunjung melihat barangan kraf yang terdapat di reruai jualan ketika Festival Reka Bentuk dan Kraf 2024 (Tukang) di The Spine @ PJKita, Petaling Jaya pada 9 Jun 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619