AGENDA

Dituduh curi wang, warga emas 74 tahun cedera dipukul anak dengan kerusi

24 Mei 2024, 10:45 AM
Dituduh curi wang, warga emas 74 tahun cedera dipukul anak dengan kerusi

IPOH, 24 MEI: Seorang warga emas cedera dipukul anak lelakinya yang menuduh mangsa mencuri wang ketika berada di rumah mereka di Jalan Kuala Rui, Gerik, malam tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, suspek memukul bapanya yang berusia 74 tahun menggunakan kerusi ketika mangsa sedang berbual dengan anak saudaranya di kawasan luar rumah.

"Seorang anak pengadu dan anak saudaranya itu telah cuba meleraikan perbuatan suspek terhadap pengadu.

"Akibat daripada pukulan dengan kerusi tersebut telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian kening sebelah kanan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati punca kejadian ialah suspek yang berusia 35 tahun menuduh bapanya telah mengambil wang sebanyak RM1,500.

Mohd Yusri berkata mangsa telah mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Gerik dan menerima empat jahitan pada bahagian luka tersebut.

Suspek ditangkap hari ini dan direman empat hari di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619