AGENDA

Meski dikritik, PM tekad siasat individu ternama curi wang rakyat

20 Jan 2024, 3:25 PM
Meski dikritik, PM tekad siasat individu ternama curi wang rakyat

KLANG, 20 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tekad untuk mencari kebenaran dalam isu berkaitan ketirisan dana negara membabitkan beberapa individu ternama.

Biarpun berdepan kritikan hebat atas tindakan terbabit, beliau menegaskan akan meneruskan siasatan dan meminta rakyat untuk menyokong usaha kerajaan berbuat demikian.

"Kita tingkatkan usaha dan ia bukan mudah. Hutang (negara) banyak, tetapi ada yang curi duit rakyat, curi, curi dan curi. Bila kita hendak ambil tindakan (ke atas golongan itu) rakyat marah.

"(Kata) perdana menteri kasar sangat. Bagi saya aneh, sepatutnya kamu sokong. Siasat ketua kampung senang, siasat cikgu sekolah lagi senang. Tetapi mahu siasat orang kaya, orang besar-besar curi duit ingat senang? Tak senang," katanya.

Berucap dalam sambutan Pesta Ponggal di sini malam ini, Anwar menegaskan akan melindungi negara untuk memastikan tiada lagi pihak berterusan mencuri hak dan harta rakyat.

"Kita mahu menjaga negara ini, jangan bagi orang curi harta rakyat. Kita akan kejar penjahat, saya tidak peduli (we will go after the crooks, i dont care)," katanya lagi.

Pada 17 Januari, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan mengambil keterangan seorang anak bekas perdana menteri dipercayai berhubung perniagaannya pada akhir 1990-an.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619