AGENDA

Wan Azizah seru pengundi pilih calon mampu teruskan kesinambungan Kee Hiong

9 Mei 2024, 5:24 AM
Wan Azizah seru pengundi pilih calon mampu teruskan kesinambungan Kee Hiong
Wan Azizah seru pengundi pilih calon mampu teruskan kesinambungan Kee Hiong
Wan Azizah seru pengundi pilih calon mampu teruskan kesinambungan Kee Hiong

HULU SELANGOR, 9 MEI: Isteri perdana menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru warga Kuala Kubu Bharu (KKB) keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya kecil (PRK), Sabtu ini.

Wan Azizah berkata tindakan memboikot hanya memberi kerugian kepada rakyat khususnya terhadap calon yang diyakini mampu berkhidmat dengan baik kepada masyarakat.

“Calon Kerajaan Perpaduan ini bukan saja untuk wanita tetapi untuk semua pengundi di KKB. Jangan lepaskan peluang keluar mengundi. Ini tanggungjawab kita.

“Jangan kita kata tidak mahu dan beri macam-macam alasan. Sebab kita takut menyesal selepas ini. Janganlah boikot,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu meluangkan masa kira-kira satu jam di program walkabout bersama calon Kerajaan Perpaduan di sekitar pekan KKB di sini, hari ini.

[caption id="attachment_641954" align="aligncenter" width="919"] Isteri perdana menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao ketika program walkabout calon Kerajaan Perpaduan bersama Kak Wan di pekan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 9 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Dalam pada itu, Wan Azizah menyifatkan Pang Sock Tao sebagai calon terbaik yang mampu meneruskan kesinambungan mendiang Lee Kee Hiong di Dewan Undangan Negeri (DUN) KKB.

“Saya datang untuk beri sokongan dan menangkan calon kita. Pilihlah calon kita. Beliau mampu menyambung kesinambungan mendiang selain memartabatkan wanita di sini,” katanya.

Sementara itu, Sock Tao berharap dapat melunaskan kempen untuk bertemu semua pengundi di KKB dalam waktu berbaki kurang 48 jam.

Menurutnya penerimaan masyarakat terhadapnya amat baik sejak awal kempen sekali gus memberi semangat dan harapan untuk memenangi PRK KKB.

“Penerimaan pengundi amat baik sejak awal kempen dan ia bertambah baik dari hari ke hari. Saya menyeru semua beri peluang untuk saya bawa suara anak muda wanita ke DUN,” katanya.

Kee Hiong, 58, meninggal dunia pada 21 Mac lalu akibat barah. Mendiang dipilih sebagai wakil rakyat DUN KKB sejak 2013.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK KKB pada 11 Mei ini dengan tempoh berkempen mulai 27 April selama 14 hari.

[caption id="attachment_641955" align="aligncenter" width="899"] Isteri perdana menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berucap ketika program walkabout calon Kerajaan Perpaduan bersama Kak Wan di pekan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 9 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619