AGENDA

1,100 penduduk Bandar Tun Razak terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina

4 Feb 2024, 8:12 AM
1,100 penduduk Bandar Tun Razak terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 4 FEB: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menyerahkan bantuan RM100 dan sekotak limau Mandarin kepada 1,100 penduduk bangsa Tionghua terutama warga emas di kawasan Parlimen itu menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, minggu depan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu di sini, Dr Wan Azizah berkata sumbangan itu bertujuan meringankan beban kos sara hidup golongan memerlukan terutama miskin bandar yang menetap di Bandar Tun Razak.

"Bandar Tun Razak memang ramai miskin bandar, ditambah dengan bilangan warga emas agak tinggi, jadi kita cuba agar jangan tinggalkan seseorang pun (daripada menerima bantuan).

"Penduduk yang menerima sumbangan hari ini telah dikenal pasti sebagai antara yang sangat memerlukan bantuan, kita nak ringankan sedikit beban (kos sara hidup) mereka sempena Tahun Baharu Cina yang disambut tidak lama lagi," katanya.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri merangkap Ketua PKR Cabang Bandar Tun Razak Datuk Azman Abidin.

Terdahulu Wan Azizah dalam ucapannya berkata Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak akan terus melaksanakan usaha membantu semua komuniti di kawasan tersebut.

"Semoga sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada komuniti Cina di Bandar Tun Razak khususnya," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619