AGENDA

Artis veteran Hail Amir meninggal dunia di HKL

6 Mei 2024, 10:47 AM
Artis veteran Hail Amir meninggal dunia di HKL

KUALA LUMPUR, 6 MEI: Penyanyi dan pelakon veteran Datuk Abdul Hail Amir meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 3.43 petang ini.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia Rozaidi Abdul Jamil yang lebih dikenali sebagai Zed Zaidi mengesahkan perkara itu.

“Kami (Seniman) sebenarnya baru sahaja ingin melawat beliau di HKL, namun pihak hospital menelefon kami dan memberitahu bahawa beliau telah meninggal dunia,” katanya kepada Bernama.

Allahyarham Hail Amir meninggal dunia pada umur 76 tahun.

Sementara itu, Setiausaha Agung Seniman Hafiz Nafiah berkata jenazah Hail dijangka dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan Ukay Perdana dekat sini.

“Beliau dimasukkan ke hospital kira-kira tiga hari lalu akibat komplikasi paru-paru,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata persatuan amat berdukacita atas pemergian Hail ke negeri abadi namun reda dengan kehendak Allah.

Hafiz berkata kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga serta mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di syurga.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619