AGENDA

Jakim buka talian khas 24 jam terima aduan hina Islam

2 Mei 2024, 7:05 AM
Jakim buka talian khas 24 jam terima aduan hina Islam

PUTRAJAYA, 2 MEI: Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam termasuk yang dicetuskan menerusi laman media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata JAKIM juga akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) serta pihak berkaitan untuk menangani isu penghinaan agama Islam.

“Masyarakat awam boleh membuat aduan serta laporan berkaitan apa-apa isu penghinaan terhadap agama Islam di talian WhatsApp 017-3234 533 atau e-mel ke aduan@islam.gov.my.

“JPM (Hal Ehwal Agama) secara konsisten memberikan penegasan akan sentiasa memelihara kesucian serta ketinggian agama Islam. Mana-mana pihak yang didapati melakukan sebarang tindakan menghina Islam perlulah dibawa ke muka pengadilan sebagai pengajaran kepada semua pihak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na’im dalam masa yang sama turut menyeru semua pihak untuk sentiasa bertanggungjawab dalam setiap tindakan bagi memelihara perpaduan dan keharmonian dalam negara.

“Apa-apa bentuk provokasi dan tindakan ekstrem perlu dihentikan. Perpaduan adalah nikmat yang perlu dipertahankan demi mencapai cita-cita Membangun Malaysia MADANI,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619