BERITA UTAMA

Perkhidmatan van DRT kini di Puchong, hanya RM2 satu perjalanan

19 Apr 2024, 6:40 AM
Perkhidmatan van DRT kini di Puchong, hanya RM2 satu perjalanan

SHAH ALAM, 19 APRIL: Perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) diperluas ke kawasan Puchong menggunakan aplikasi Trek Rides DRT dengan kadar serendah RM2 bagi setiap perjalanan.

EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata perkhidmatan bawah inisiatif DRT Selangor Mobiliti memudahkan pergerakan penduduk sekitar khususnya ke stesen transit aliran ringan (LRT) berdekatan.

"Van ini dilengkapi kemudahan penyaman udara, besar dan selesa. Pengguna hanya perlu membuat tempahan menerusi aplikasi berkenaan dan akan dihantar ke lokasi dipilih.

"Pengguna juga hanya perlu membayar RM2 sahaja bagi setiap perjalanan. Ini merupakan subsidi daripada Kerajaan Negeri," katanya menerusi video di Facebook semalam.

Menerusi video tersebut, Sze Han yang juga wakil rakyat Kinrara turut membawa Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin merasai pengalaman menggunakan perkhidmatan DRT.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar berkata van DRT diperkenal bagi melengkapkan ekosistem pengangkutan awam berdasarkan permintaan menerusi aplikasi penghalaan pintar.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan perkhidmatan itu boleh melengkapi sistem Bas Smart Selangor yang tidak mampu mencapai laluan sempit dan padat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619