AGENDA

Letusan Gunung Ruang: Batik Air batal 12 penerbangan

18 Apr 2024, 11:30 AM
Letusan Gunung Ruang: Batik Air batal 12 penerbangan

KUCHING, 18 APRIL: Batik Air mengumumkan pembatalan 12 penerbangan pergi dan balik yang dijadualkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) ke Sabah dan Sarawak hari ini berikutan letusan di Gunung Ruang, Indonesia.

Batik Air dalam kenyataan memaklumkan syarikat penerbangan itu memahami akan kesulitan yang mungkin timbul dan memastikan keselamatan penumpang dan anak kapal mereka tetap menjadi keutamaan.

Syarikat penerbangan itu akan memantau keadaan dengan teliti dan memaklumkan apa jua maklumat terkini mengenai jadual penerbangan mereka dari dan ke destinasi yang terjejas, secara terus kepada penumpang.

“Selain itu, maklumat yang telah dikemas kini boleh diakses melalui laman web dan saluran media sosial kami. Sementara itu, pihak syarikat sedang giat membantu penumpang yang terjejas dengan mengatur penerbangan alternatif.

“Syarikat menghargai pemahaman dan kerjasama anda sepanjang tempoh yang mencabar ini,” menurut kenyataan itu.

Penerbangan Batik Air yang dibatalkan hari ini ialah OD 1002 (KUL-BKI), OD1003 (BKI-KUL), OD1006 (KUL-BKI), OD1007 (BKI-KUL), OD1632 (KUL-KCH), OD1633 (KCH-KUL), OD1636 (KUL-KCH), OD1637 (KCH-KUL), OD1900 (KUL-TWU), OD1901 (TWU-KUL), OD1906 (KUL-SBW) dan OD1907 (SBW-KUL).

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619