AGENDA

Batik Air tambah 18 penerbangan harian sempena PRU15

26 Okt 2022, 1:36 PM
Batik Air tambah 18 penerbangan harian sempena PRU15

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Batik Air yang sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air meningkatkan penerbangan tambahan bagi destinasi domestik yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memenuhi peningkatan permintaan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, ia menambah 18 penerbangan harian ke destinasi seperti Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kota Bharu, Langkawi, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu mulai 5 hingga 23 November.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata penerbangan tambahan itu dilaksanakan susulan pengumuman tarikh pengundian PRU15 untuk memudahkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.

“Kami menjangkakan berlaku lonjakan permintaan, dan kami berharap penerbangan tambahan ini akan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia serta ahli politik semasa tempoh berkempen.

“Kami meminta pengembara untuk merancang perjalanan mereka dan memanfaatkan penerbangan tambahan yang kini tersedia untuk tempahan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial Batik Air di Facebook, Instagram dan Twitter.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619