AGENDA

Zii Jia lepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia

10 Apr 2024, 8:14 AM
Zii Jia lepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia

KUALA LUMPUR, 10 APRIL: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.

Juara BAC 2022 itu bermula dengan langkah kanan apabila mudah menewaskan wakil India Priyanshu Rajawat 21-9, 21-13 untuk mara ke pusingan kedua kejohanan berlangsung di Ningbo Olympic Sports Center Gymnasium.

Pemain profesional negara selaku pilihan kelapan kejohanan itu dijadual berdepan Chou Tien Chen dari Taiwan yang mendapat laluan mudah apabila wakil tuan rumah Weng Hong Yang menarik diri selepas tewas 16-21 di set pertama.

Pertemuan kali kesembilan dengan pemain di ranking ke-15 dunia itu menyaksikan Zii Jia hanya menang tiga daripada lapan pertembungan terdahulu.

Zii Jia pernah muncul juara BAC 2022 yang berlangsung di Manila, Filipina menewaskan Jonatan Christie dari Indonesia 21-17, 23-21 di pentas final.

Sementara itu beregu wanita profesional negara Vivian Hoo-Lim Chiew Sien pula terpaksa pulang awal apabila ditewaskan gandingan Korea Selatan Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong 11-21 dan 10-21

-- BERNAMA

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619