AGENDA

Sejumlah 6.34 juta individu kemas kini data dalam Padu

21 Mac 2024, 2:30 AM
Sejumlah 6.34 juta individu kemas kini data dalam Padu
Sejumlah 6.34 juta individu kemas kini data dalam Padu

SHAH ALAM, 21 MAC: Sebanyak 6.34 juta individu di seluruh negara mengemas kini data masing-masing dalam sistem Pangkalan Data Utama (Padu) setakat semalam.

Menurut Facebook rasmi sistem berkenaan, Selangor mencatat rekod pengemaskinian maklumat tertinggi iaitu 970,000 orang diikuti Sarawak (770,000) dan Johor (650,000).

“Sehingga 11.59 malam 20 Mac, jumlah rekod pengemaskinian maklumat individu seramai 6.34 juta daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem Padu berdasarkan sumber data pentadbiran.

“Terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang mengemaskini maklumat dalam Padu,” katanya.

Padu yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari menjadi platform tunggal maklumat individu dan isi rumah, sekali gus meningkat kecekapan pengagihan subsidi dan bantuan.

Pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang www.padu.gov.my bermula 2 Januari sehingga 31 Mac.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Selangor menyarankan isi rumah mendaftar segera dengan sistem Padu bagi mengelak tercicir bantuan atau subsidi bersasar.

Hartini Yaacob berkata pengemaskinian maklumat tersebut penting bagi memudahkan penyaluran bantuan yang dirancang kerajaan pada masa akan datang.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619