AGENDA

Negeri meterai MoU, kongsi data SELangkah kemas kini maklumat Padu

3 Apr 2024, 3:31 AM
Negeri meterai MoU, kongsi data SELangkah kemas kini maklumat Padu
Negeri meterai MoU, kongsi data SELangkah kemas kini maklumat Padu

SHAH ALAM, 3 APRIL: Selangor memeterai usahasama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) meliputi perkongsian data rakyat negeri ini kepada sistem Pangkalan Data Utama (Padu).

Dato’ Menteri Besar berkata perkongsian data membabitkan 3.7 juta rakyat Selangor yang berdaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) termasuk 66,216 penerima bantuan negeri.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, insiatif itu membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Negeri dalam memastikan tiada penduduk tercicir jika kerajaan persekutuan memperkenal subsidi bersasar.

“Kerajaan Negeri sedar data yang tepat dan betul diperlukan bagi pembangunan dasar yang menjamin kemampanan, kelestarian dan kemakmuran berterusan negara.

“Justeru, komitmen Kerajaan Negeri ini diteruskan lagi dengan kesediaan negeri untuk berkongsi dan menzahirkan data tertentu kepada kerajaan persekutuan menerusi DOSM,” katanya.

[caption id="attachment_636133" align="aligncenter" width="764"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bercakap dalam sidang media sempena majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) perkongsian data antara sistem Pangkalan Data Utama (Padu) dan aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) yang diwakili Ketua Pegawai Informasi SELangkah Ventures Sdn Bhd Dr Helmi Zakariah dan Ketua Perangkawan Malaysia Dato' Seri Dr Mohd Uzir Mahidin di Bilik Gerakan MTES, Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 3 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara DOSM dan SELangkah Ventures Sdn Bhd di bangunan pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

DOSM diwakili Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, manakala SELangkah diwakili Ketua Pegawai Informasinya Dr Helmi Zakariah. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata Selangor menjadi negeri pertama memeterai MoU dengan DOSM bagi melengkapkan data sistem Padu yang diperkenal kerajaan persekutuan pada 2 Januari.

Jelasnya, kebanyakan negeri hanya mengamalkan kerjasama antara kerajaan (G2G) bagi memastikan rakyat tidak ketinggalan untuk menikmati bantuan atau subsidi pada masa akan datang.

“Ini titik tolak yang besar. Pertama kali Kerajaan Negeri menandatangani MoU dengan kita. Terima kasih Dato’ Menteri Besar yang mengizinkan. Negeri lain ada kerjasama G2G tetapi tiada MoU,” katanya.

Untuk rekod, seramai 1.89 juta penduduk Selangor berumur 18 tahun ke atas atau 44.5 peratus berjaya mengemas kini maklumat dalam sistem Padu yang ditutup pada 31 Mac lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619