AGENDA

Kod etika wartawan tidak kekang media, ditambah baik sejak dilancar 1989

12 Mac 2024, 6:30 AM
Kod etika wartawan tidak kekang media, ditambah baik sejak dilancar 1989
Kod etika wartawan tidak kekang media, ditambah baik sejak dilancar 1989

SHAH ALAM, 12 MAC: Kod Etika Wartawan yang diluncur Kementerian Komunikasi bulan lalu bukan dokumen baharu untuk mengekang pengamal media menjalankan tugas.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Kod Etika Wartawan merupakan penambahbaikan daripada Etika Kewartawanan Institut Akhbar Malaysia dikenali Malaysian Press Institute (MPI) yang dibuat pada 1989.

“Ini bukan kod etika baharu, ia dihasilkan berdasarkan Etika Kewartawanan MPI. Bila kita semak balik, dokumen itu sudah berusia 35 tahun dan banyak perkara boleh ditambah baik.

“Sebagai contoh, antara perkara yang menjadi asas etika itu adalah salah satunya menyedari bahaya komunisme di mana sekarang sudah tidak ada. Menerusi sesi libat urus bersama, maka ada persetujuan untuk tambah baik,” katanya.

[caption id="attachment_629393" align="aligncenter" width="812"] Buku Kod Etika Wartawan Malaysia yang diluncurkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya pada 20 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Wan Saiful Wan Jan (Bersatu-Tasek Gelugor) yang ingin mengetahui rasional penggubalan Kod Etika Wartawan dan implikasi terhadap kebebasan media di Dewan Rakyat, hari ini.

Fahmi menjelaskan kad perakuan media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan juga bukan lesen bertugas dan ia hanya bagi memudahcara untuk wartawan menyelesaikan tugasan di lapangan.

“Kad perakuan media mula digunakan sejak 1995. Kalau tidak ada kad perakuan media tidak bererti wartawan tidak boleh bertugas. Ia bukan dokumen untuk mengongkong petugas media,” katanya.

Kod Etika Wartawan yang dilancar pada 20 Februari lalu mengandungi lapan etika utama, antaranya wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk dan perlu telus, berintegriti serta berlaku adil dalam menyampaikan informasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619