AGENDA

Kod etika tidak kongkong wartawan, disesuai dengan perkembangan teknologi

20 Feb 2024, 6:23 AM
Kod etika tidak kongkong wartawan, disesuai dengan perkembangan teknologi
Kod etika tidak kongkong wartawan, disesuai dengan perkembangan teknologi

PUTRAJAYA, 20 FEB: Kod Etika Wartawan Malaysia tidak akan mengongkong atau menyekat kebebasan media, kata Menteri Komunikasi.

Fahmi Fadzil berkata kod etika yang diperkenalkan sejak 35 tahun dahulu itu ditambah baik untuk menyesuaikan dengan keperluan semasa dunia kewartawan dan perkembangan teknologi.

“Kalau kita tidak mendepani zaman maka kita akan dibelakangi. Dengan ada kod etika ini prinsip kebebasan bersuara itu memang kita akan pertahankan dan ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Namun dalam masa sama perku ada satu peningkatan kesedaran dan kemahiran dalam kalangan wartawan untuk mendepani zaman termasuk media sosial dan AI (kecerdasan buatan)," katanya selepas majlis peluncuran buku Kod Etika Wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata pengamal media akan mengikuti kursus AI yang dikendalikan Institut Akhbar Malaysia(MPI) akan menganjurkan kursus AI bagi mengatasi isu berita palsu.

“Saya akan minta rakan-rakan MPI adakan satu modul khusus untuk AI bagi manfaat rakan-rakan media. Ada beberapa perkara penting untuk rakan media mengetahui bukan sahaja hasilkan bahan tetapi penipuan dengan menyalahgunakan AI dalam kandungan untuk sebar berita palsu.

“Saya harap dalam masa tidak terlalu lama ada modul (AI) yang boleh menjemput rakan media untuk teliti dan mengikutinya,” katanya.

[caption id="attachment_629393" align="aligncenter" width="700"] Buku Kod Etika Wartawan Malaysia yang diluncurkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya pada 20 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619