AGENDA

Tergelincir ketika ikat kayu balak, pemandu lori maut digilis jentera berat

9 Mac 2024, 3:19 AM
Tergelincir ketika ikat kayu balak, pemandu lori maut digilis jentera berat

JERANTUT, 9 MAC: Seorang pemandu lori balak maut digilis sebuah jentera berat selepas tergelincir dan jatuh dari kenderaannya semasa sedang mengikat kayu balak dalam kemalangan di Kilometer (KM) 26 Jalan Jerantut-Padang Piol di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azman Mat Kamis berkata kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu Saifulnizam Zakaria, 41, yang beralamat di  Kuala Lipis, Pahang meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa Saifulnizam sedang mengikat muatan balak di atas lorinya menggunakan rantai besi.

“Semasa mengikat balak tersebut, mangsa telah tergelincir lalu terjatuh di belakang kenderaannya. Pada masa sama, pemandu jentera berat yang sedang mengangkat balak tidak menyedari mangsa terjatuh sebelum menggilis mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619