AGENSI

PNSB sumbang van kepada sebuah masjid, mudahkan pengurusan jenazah

16 Feb 2024, 1:30 PM
PNSB sumbang van kepada sebuah masjid, mudahkan pengurusan jenazah

SHAH ALAM, 16 FEB: Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menyumbang sebuah van jenazah bernilai RM147,643 kepada Masjid Jamiul Hasaniah Kampung Batu 3, Kapar hari ini.

Penyerahan van berkenaan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim kepada Nazir Masjid Jamiul Hasaniah Akmal Auzai di pekarangan masjid tersebut.

Menurut Raja Ahmad Shahrir, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada program Wakalah Agihan Zakat anjuran bersama PNSB dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

"PNSB selaku pengeluar zakat dilantik sebagai wakil LZS untuk mengagihkan sendiri zakat dengan pemantauan LZS berdasarkan kepada prinsip agihan zakat.

"PNSB berbesar hati kerana berpeluang menyantuni para penerima zakat," katanya dalam kenyataan.

Beliau berharap van berkenaan memudahkan urusan fardu kifayah dan dimanfaatkan masyarakat yang memerlukan untuk pengurusan jenazah.

PNSB merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri di bawah seliaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI yang menumpukan pembangunan hartanah sebagai perniagaan teras dengan membangun kediaman dan komersial.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619