AGENSI

PNSB rai anak yatim, pelajar tahfiz sempena Aidilfitri

12 Mei 2022, 6:17 AM
PNSB rai anak yatim, pelajar tahfiz sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 12 MEI: Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) meraikan 50 anak yatim dan 46 pelajar tahfiz dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri pada Selasa lalu.

Agensi tersebut memaklumkan sambutan hari lebaran melibatkan anak yatim Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Sungai Buloh dan pelajar tahfiz Darul Quran Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas), Klang diadakan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 13 di sini.

"Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad yang hadir dalam majlis itu menyampaikan sumbangan duit raya serta cenderahati kepada mereka," katanya dalam kenyataan.

PNSB menambah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haris Kasim; Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Salim Soib @ Hamid; Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin serta ahli majlis mesyuarat Kerajaan Negeri dan ahli lembaga pengarah PNSB turut hadir.

Tidak ketinggalan, ketua jabatan Kerajaan Negeri, yang dipertua pihak berkuasa tempatan, pegawai daerah, ketua syarikat Kerajaan Negeri dan rakan korporat PNSB.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619