AGENDA

473 mangsa bah di Terengganu masih berlindung di dua PPS

31 Jan 2024, 2:30 AM
473 mangsa bah di Terengganu masih berlindung di dua PPS

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 473 orang daripada 157 keluarga yang berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun setakat pagi ini, menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Tinjauan di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula mendapati paras air beberapa sungai di Johor, Kedah, Pahang, Perlis, Sabah dan Terengganu berada pada tahap bahaya setakat 6 pagi ini.

Situasi itu melibatkan Sungai Johor di Kota Tinggi (Johor), Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah), Sungai Pahang di Bera dan Cameron Highland serta Sungai Rompin di Rompin (Pahang), Sungai Arau (Perlis), Sungai Kinabatangan (Sabah) dan Sungai Terengganu di Hulu Terengganu (Terengganu).

Nadma turut memaklumkan 18 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak serta jalan dan cerun runtuh antaranya Jalan Boh di Cameron Highlands, Pahang; Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor; Jalan Raya Timur Barat Kupang-Gerik Jeli di Hulu Perak, Perak dan Jalan Sungai Sok - Chucuh Puteri di Kuala Krai, Kelantan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619