AGENDA

Lapangan terbang Minangkabau ditutup akibat abu Gunung Marapi

19 Jan 2024, 3:15 PM
Lapangan terbang Minangkabau ditutup akibat abu Gunung Marapi

JAKARTA, 19 JAN: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau dihentikan berkuat kuasa Jumaat berikutan abu gunung berapi tersebar dari Gunung Marapi di Sumatera Barat.

Ketua Lapangan Terbang Wilayah VI Kapten Megi H Helmiadi berkata keputusan itu dibuat disebabkan abu gunung berapi dan keperluan mendesak berhubung isu keselamatan penerbangan.

“Demi keselamatan perjalanan udara, kami akan menangguhkan operasi di lapangan terbang mulai 2:15 petang hingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi penerbangan di lapangan terbang sama pernah dibatalkan selepas kejadian letusan gunung berapi sama pada 22 Dis lepas.

Data terkini daripada agensi volkanologi PVMBG mendedahkan satu lagi letusan Gunung Marapi berlaku pada 10.14 pagi Jumaat.

Ketua PVMBG Bukittinggi Teguh Purnomo melaporkan bahawa gunung berapi itu menghamburkan abu setinggi 500 meter, dengan ia menghala ke arah Barat Daya.

Pada 3 Dis 2023, Gunung Marapi pernah menghamburkan abu hingga mencecah 3,000 meter, mengakibatkan 23 pendaki maut dan tiga lagi cedera.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619