AGENDA

Tunggakan bil elektrik cecah RM2 juta, penduduk pangsapuri lapor polis

14 Jan 2024, 12:00 PM
Tunggakan bil elektrik cecah RM2 juta, penduduk pangsapuri lapor polis

SHAH ALAM, 14 JAN: Beberapa penduduk sebuah pangsapuri kos rendah di Bandar Tasik Selatan membuat laporan polis berhubung tunggakan bil elektrik mencecah RM2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman berkata pihaknya menerima 17 aduan terhadap Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Kos Rendah Bandar Tasik Selatan 1, lapor Berita Harian.

Menurut Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, aduan pertama diterima Khamis lalu selepas penduduk menerima notis pemotongan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di semua lima blok A hingga E.

"Pengadu mendakwa tiada pembayaran dibuat sejak 31 Januari 2022 sedangkan penduduk membuat bayaran yuran penyelenggaraan RM50 sebulan bagi setiap unit rumah kepada pihak JMB.

"Ekoran tunggakan itu, pengadu mengesyaki terdapat penyelewengan wang oleh pengerusi JMB, seterusnya membuat laporan polis," katanya.

Ramli menambah, kes tersebut juga telah diadukan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) Kuala Lumpur sejak Julai 2022 dan sehingga kini masih dalam proses tindakan susulan.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai 'refer other agency (ROA) kepada COB memandangkan kes menjurus kepada bidang kuasa pesuruhjaya itu.

"Ia membabitkan kesalahan membabitkan Seksyen 140 Akta Pengurusan Strata 2013 berhubung kesalahan oleh pertubuhan perbadanan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619