AGENDA

Ratusan anggota polis, Rela digerakkan ke negeri terjejas banjir

27 Dis 2023, 12:04 PM
Ratusan anggota polis, Rela digerakkan ke negeri terjejas banjir

PUTRAJAYA, 27 DIS: Sejumlah 647 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 154 petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) telah diatur gerak ke kawasan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan aset melibatkan 35 bot, 29 lori dan 56 kenderaan pacuan empat roda turut digerakkan ke kawasan terjejas banjir.

"Kekuatan anggota dan aset akan ditambah berdasarkan situasi bencana," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan gerak kerja PDRM turut dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

KDN menasihati orang ramai supaya patuh kepada arahan pihak berkuasa bagi melancarkan operasi bantuan dan menyelamatkan mangsa banjir.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berhubung situasi banjir boleh menghubungi Pusat Kawalan Malaysia (MCC) PDRM melalui talian 03-2266 3333/03-2266 3444/03-2266 3451 atau talian MERS 999 bagi bantuan kecemasan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619