PBT

Mohon segera permit bazar Ramadan, MBSJ sedia 1,560 petak di 25 lokasi

22 Dis 2023, 6:00 AM
Mohon segera permit bazar Ramadan, MBSJ sedia 1,560 petak di 25 lokasi

SUBANG JAYA, 22 DIS: Permohonan permit bazar Ramadan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2024 dibuka secara dalam talian sejak 15 Disember hingga 31 Disember ini.

Datuk Bandarnya Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata sebanyak 25 lokasi bazar disediakan merangkumi 1,560 petak niaga boleh dimohon menerusi www.mbsj.gov.my

Menurutnya, permohonan juga boleh dilakukan dengan imbas kod QR di poster yang dimuatnaik melalui platform media sosial MBSJ iaitu Facebook, Instagram dan X.

“Peniaga yang berminat perlu mendaftar sebagai pengguna my@mbsj sebelum membuat permohonan permit bazar Ramadan dan urusan permohonan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian mengikut tiga prosedur utama iaitu mendaftar, memuatnaik dokumen sokongan dan pembayaran permit.

“Keutamaan adalah diberikan kepada peniaga atau penduduk yang tinggal dalam kawasan pentadbiran MBSJ,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MBSJ di sini, hari ini.

Mohd Fauzi turut mengingatkan peniaga untuk memohon lebih awal sebelum tarikh tutup bagi mengelak sebarang kesulitan dan maklumat lanjut boleh layari laman sesawang, media sosial atau hubungi Jabatan Pelesenan MBSJ di talian 03-8026 4324.

Sementara itu, Mohd Fauzi turut memaklumkan MBSJ yakin mencapai 100 peratus kutipan hasil cukai tahun ini iaitu sebanyak RM315 juta dengan kutipan setakat 30 November mencapai 95 peratus iaitu RM213.07 juta.

“Jumlah itu membabitkan kutipan cukai semasa sebanyak RM163.12 juta dan tunggakan cukai (RM50.98 juta),” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619