AGENDA

KPM rancang lantik guru kontrak isi kekosongan jawatan

5 Nov 2023, 2:50 PM
KPM rancang lantik guru kontrak isi kekosongan jawatan

ALOR SETAR, 5 NOV: Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk melantik guru kontrak bagi mengisi kekosongan jawatan itu ketika ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata perkara itu menjadi antara perhatian KPM selain menawarkan perjawatan tetap bagi Gred DG41 kepada 9,552 guru yang dilantik baru-baru ini.

"Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan lantik secara kontrak, ini memang dalam radar kita. Kita sedang melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru dan kita juga sedang menambah baik kaedah untuk mendapatkan guru opsyen-opsyen tertentu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bicara Eksekutif Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sempena Konvensyen Program Tranformasi Daerah di sini hari ini.

Beliau juga berkata KPM akan terus menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk memastikan kekurangan guru pada masa hadapan dapat diatasi.

"Saya berharap guru yang dibekalkan nanti dapat dipimpin oleh Pengetua dan Guru Besar dengan sebaiknya supaya mereka dapat memberi perkhidmatan jauh lebih baik serta berkualiti," katanya.

Pada Khamis lalu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sejumlah 9,552 pelajar lulusan pendidikan ditawarkan jawatan Guru Gred DG41 bagi pengambilan tahun ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619