AGENDA

Peruntukan baik pulih bangunan, tandas sekolah daif diagih minggu ini

24 Jul 2023, 1:37 PM
Peruntukan baik pulih bangunan, tandas sekolah daif diagih minggu ini

NILAI, 24 JULAI: Sebanyak RM650 juta daripada keseluruhan RM1.4 bilion peruntukan bagi menambah baik bangunan sekolah daif di seluruh negara akan diagihkan kepada sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bermula minggu ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata ia termasuk perbelanjaan membaiki kemudahan tandas yang sentiasa menjadi keutamaan, sekali gus memberikan keselesaan kepada pelajar dan semangat untuk mereka hadir ke sekolah.

“Pelaksanaan segera...kita dah ada senarai semua, sekolah mana, berapa banyak...yang penting Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) di bawah Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan memastikan pelaksanaan bagi baik pulih bangunan daif di sekolah disegerakan.

“Daripada jumlah itu, setiap sekolah peroleh RM70,000 untuk penyelenggaraan kecil termasuk tandas, sebab itu juga antara fokus Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau tandas sempurna anak-anak seronok ke sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nasional Ke-30 Kepimpinan Pendidikan Ke Arah Malaysia MADANI hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1.4 bilion bagi menambah baik bangunan sekolah yang daif di seluruh negara tahun ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619