AGENDA

WHO seru akses penuh bantuan perubatan, bahan api ke Gaza

2 Nov 2023, 5:07 AM
WHO seru akses penuh bantuan perubatan, bahan api ke Gaza

GENEVA, 2 NOV: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu menyeru supaya Semenanjung Gaza diberikan akses penuh kepada bantuan perubatan dan bahan api.

"Saya menggesa dan saya merayu untuk akses penuh bagi bantuan perubatan dan bahan api SEKARANG! Semakin lama kita tunggu, semakin terancam nyawa mereka," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Tedros di platform X.

Turkish-Palestinian Friendship Hospital, iaitu satu-satunya hospital awam yang merawat pesakit kanser di Semenanjung Gaza tidak lagi beroperasi susulan serangan Israel dan kekurangan bahan api, menurut Doctors Without Borders (MSF) di platform X pada Rabu.

"Setakat hari ini, hospital itu tidak lagi beroperasi akibat kekurangan bahan api dan beberapa serangan telah menjejaskan kemudahan itu.

“Ia adalah satu-satunya hospital awam bagi pesakit kanser di Semenanjung Gaza, dan kini berpuluh-puluh pesakit kanser berada dalam risiko serius," menurut MSF.

Israel terus menyekat kemasukan bahan api ke Gaza, yang menjadi sumber penting bagi memastikan hospital terus beroperasi.

Hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan turut diserang semasa "serangan" ini.

Tentera Israel telah memperhebat serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza, hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 8,796 rakyat Palestin maut manakala lebih 22,000 lagi cedera sejak 7 Okt.

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619