BERITA UTAMA

MB hadiri sambutan Maulidur Rasul di Kampung Sungai Tua

24 Okt 2023, 1:00 AM
MB hadiri sambutan Maulidur Rasul di Kampung Sungai Tua
MB hadiri sambutan Maulidur Rasul di Kampung Sungai Tua

SHAH ALAM, 24 OKT: Dato' Menteri Besar menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kampung Sungai Tua, Gombak, Sabtu lalu.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata beliau gembira dan bersyukur dapat bertemu dengan rakan-rakan di kampung berkenaan selain mengharapkan kesihatan dan kesejahteraan mereka.

"Liku liku perjalanan hidup Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah Islam ke seluruh alam sentiasa menjadi pedoman buat kita semua.

[caption id="attachment_609686" align="alignnone" width="815"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan pada sambutan Maulidur Rasul peringkat MPKK di Kampung Sungai Tua, Gombak pada 21 Oktober 2023. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

"Ukhuwah dan silaturahim sesama umat Islam yang sentiasa menjadi tali agar kekuatan Islam dapat terus diperkemaskan," tulisnya di Facebook.

Amirudin yang juga ahli parlimen Gombak merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua.

Maulidur Rasul adalah hari keputeraan Nabi Muhammad SAW yang disambut pada 12 Rabiulawal tahun hijrah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619