AGENDA

PJ, Shah Alam, Banting rekod bacaan IPU tidak sihat takat 12 tengah hari

3 Okt 2023, 4:47 AM
PJ, Shah Alam, Banting rekod bacaan IPU tidak sihat takat 12 tengah hari

SHAH ALAM, 3 OKT: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga kawasan di Selangor kekal tidak sihat setakat 12 tengah hari.

Berdasarkan maklumat Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims), Petaling Jaya mencatatkan bacaan IPU 119, Shah Alam (116) dan Banting (114).

Turut mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Cheras (155) di Kuala Lumpur serta tiga kawasan di Negeri Sembilan iaitu Nilai (158), Seremban (152) dan Port Dickson (106).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web https://apims.doe.gov.my/home.html untuk mengetahui tahap IPU terkini.

Mei lalu, pihak berkuasa cuaca dan iklim memberi amaran jerebu lebih serius di rantau selatan Asean antara Jun dan Oktober tahun ini.

Amaran itu dibuat ketika musim kemarau diramal berlaku lebih teruk dan berpanjangan daripada biasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619