AGENDA

Tiga kawasan di Selangor rekod IPU tidak sihat takat 10 pagi

3 Okt 2023, 3:14 AM
Tiga kawasan di Selangor rekod IPU tidak sihat takat 10 pagi

SHAH ALAM, 3 OKT: Tiga kawasan di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Banting merekodkan bacaan 125 meningkat berbanding 111 jam 8 pagi tadi, Petaling Jaya 117 daripada 99 dan Shah Alam, 116 berbanding 97.

Turut mencatat bacaan IPU tidak sihat setakat 10 pagi ialah Cheras, Kuala Lumpur (155); Nilai (157); Seremban (149) dan Port Dickson, Negeri Sembilan (101).

Pada jam 8 pagi tadi, Nilai merekodkan bacaan IPU 155, Cheras (153) dan Seremban (144).

Jam 3 petang semalam, Banting merekodkan bacaan IPU 156, Shah Alam dan Petaling Jaya masing-masing (155), Johan Setia (151) dan Klang (124).

Bagaimanapun sehingga 10 pagi ini, Johan Setia dan Klang merekodkan bacaan sederhana iaitu 89 dan 93.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) di https://apims.doe.gov.my/home.html

Mei lalu, pihak berkuasa cuaca dan iklim memberi amaran berlakunya jerebu lebih serius di rantau selatan Asean antara Jun dan Oktober tahun ini.

Amaran itu dibuat ketika musim kemarau diramal berlaku lebih teruk dan berpanjangan daripada biasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619