AGENDA

Sembilan kawasan rekod bacaan IPU tidak sihat

1 Okt 2023, 9:39 AM
Sembilan kawasan rekod bacaan IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Sembilan kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) kategori tidak sihat iaitu melebihi 101 hingga 200 setakat 4 petang ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Larkin di Johor mencatatkan bacaan IPU paling tinggi iaitu 155.

Turut merekodkan bacaan IPU melebihi 150 ialah Nilai di Negeri Sembilan serta Bukit Rambai di Melaka dengan bacaan masing-masing pada tahap 152, manakala Port Dickson di Negeri Sembilan pula merekodkan bacaan pada tahap 151.

Bacaan IPU kategori tidak sihat juga dilaporkan di kawasan Cheras di ibu kota pada tahap 144, Batu Pahat di Johor (133), Seberang Jaya di Pulau Pinang (130), Banting di Selangor (122) dan Bandaraya Melaka di Melaka (121).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619