AGENDA

KKM keluar kompaun kesalahan merokok lebih RM1 juta setakat Ogos

20 Sep 2023, 10:52 AM
KKM keluar kompaun kesalahan merokok lebih RM1 juta setakat Ogos

PUTRAJAYA, 20 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 4,884 kompaun bernilai RM1.203 juta sepanjang bulan lepas atas kesalahan merokok, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Beliau dalam kenyataan hari ini mengenai Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan dan Perundangan di bawah Undang-undang Kesihatan Awam bagi Ogos 2023 berkata sebanyak 9,230 notis kesalahan juga telah dikeluarkan melibatkan 22,204 premis.

Bagi tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi, Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak 3,188 kompaun bernilai RM1.59 juta telah dikeluarkan dengan purata RM500 bagi setiap kompaun.

Sejumlah 536 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama sebanyak 93 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM353,280, katanya.

Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak 7,030 premis makanan juga telah diperiksa dengan 222 premis atau 3.16 peratus premis diarah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619