AGENDA

Pemandu cedera parah lori kontena terjunam dalam gaung

6 Sep 2023, 12:56 PM
Pemandu cedera parah lori kontena terjunam dalam gaung

SHAH ALAM, 6 SEPT: Seorang lelaki cedera parah selepas lori kontena dipandunya terjunam dalam gaung lima meter di Lebuhraya Lembah Klang Selatan Plaza Tol Pulau Indah, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.41 pagi, mangsa sekitar 50-an memandu menghala ke Pulau Indah sebelum lori yang membawa muatan minyak masak terbabas dan terjunam, lapor Sinar Harian.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, pihaknya mendapat maklumat daripada peronda lebuh raya dengan mangsa dipercayai keluar sendiri daripada kenderaan itu.

"Mangsa mengalami cedera parah, namun masih berada dalam keadaan sedar," kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Penyelamat Ahmad Mukhlis Mukhtar.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi rawatan lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619