AGENDA

Lori kontena langgar pondok kawalan, anggota polis cedera ringan

28 Jun 2023, 12:53 AM
Lori kontena langgar pondok kawalan, anggota polis cedera ringan

IPOH, 28 JUN: Seorang anggota polis yang bertugas di pondok kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah cedera ringan selepas pagar dan pondok kawalan berkenaan dilanggar sebuah lori kontena, awal hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad berkata Balai Bomba dan Penyelamat Tapah menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 1.20 pagi.

Beliau berkata setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori kontena melanggar pagar dan pondok polis IPD Tapah serta seorang mangsa iaitu anggota polis yang sedang bertugas di pondok kawalan itu cedera ringan.

"Mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619