AGENDA

Penghuni pusat jagaan didakwa bunuh rakan dalam tandas

29 Ogos 2023, 3:37 AM
Penghuni pusat jagaan didakwa bunuh rakan dalam tandas

IPOH, 29 OGOS: Seorang penghuni sebuah pusat jagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penghuni lain di pusat jagaan sama, minggu lepas.

Lai Mun Kong, 50, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Lai didakwa membunuh Lim Han Tong, 42, di dalam tandas blok A, pusat jagaan di Jalan Jelapang, Chemor dekat sini antara 6 pagi hingga 6.50 pagi, pada 24 Ogos lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dihukum dengan tidak kurang 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Majistret Jesseca Daimis menetapkan 29 September ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619