AGENDA

PM sampai sumbangan peribadi kepada waris dua mangsa tragedi Elmina

26 Ogos 2023, 10:25 AM
PM sampai sumbangan peribadi kepada waris dua mangsa tragedi Elmina

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga dua mangsa nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, minggu lalu.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan melalui setiausaha politiknya Ahmad Farhan Fauzi, semalam, semasa menziarahi waris Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali, di Kampung Ketari, Bentong.

Idris merupakan pegawai khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun yang turut terkorban dalam insiden itu.

Anwar berkata Ahmad Farhan juga menziarahi dan menyampaikan sumbangan beliau kepada keluarga Allahyarham Khairil Azwan Jamaluddin di Felda Mempaga 1, Karak.

"Saya turut berdukacita dan mendoakan agar keluarga terus diberikan kekuatan serta ketabahan yang tinggi saat diuji dengan ujian besar ini," katanya.

Pada 17 Ogos lalu, 10 individu terkorban dalam nahas itu termasuk Johari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang.

Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat itu manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing yang menggunakan lebuh raya berkenaan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619