AGENDA

Pemandu ambulans, anak maut kemalangan kereta bertembung lori

21 Jul 2023, 2:17 AM
Pemandu ambulans, anak maut kemalangan kereta bertembung lori

GUA MUSANG, 21 JULAI: Dua beranak maut dan seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori muatan kayu di Kilometer 37 Jalan Gua Musang-Jeli, dalam kejadian 6.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata akibat pertembungan itu mangsa yang bekerja sebagai pemandu ambulans, Mohd Zuki Mohamed Ali, 55, bersama anaknya Muhammad Hasbullah, 15, maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi anak mangsa, Muhamad Huzaifah, 18, cedera di dada.

"Siasatan awal mendapati mangsa bersama dua anak lelakinya dalam perjalanan dari arah Gua Musang menuju Jeli.

"Kenderaan mangsa dipercayai masuk ke laluan lori yang membawa muatan kayu dari arah bertentangan ketika melalui jalan yang sedikit berselekoh, menyebabkan kedua-dua kenderaan bertembung," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619