AGENDA

Perlawanan akhir Piala FA, 750 anggota polis kawal keselamatan

20 Jul 2023, 8:32 AM
Perlawanan akhir Piala FA, 750 anggota polis kawal keselamatan

JOHOR BAHRU, 20 JULAI: Seramai 750 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi memantau serta mengawal keselamatan pada perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Sabtu ini.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pemantauan keselamatan dengan kerjasama marsyal stadium itu termasuk dalam memastikan kelancaran lalu lintas pada hari berkenaan.

Beliau berkata ramai penyokong dijangka menyaksikan aksi kedua-dua pasukan itu, justeru orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan dan menjaga keharmonian  serta tidak membawa masuk barang yang dilarang ke dalam stadium.

“Polis dan marsyal akan bekerjasama bagi memastikan perlawanan akhir Piala FA berjalan lancar kerana dijangkakan ramai penyokong akan datang ke stadium.

“Jadi, orang ramai dinasihat dengar arahan, jaga disiplin dan keharmonian serta tidak membawa barang yang dilarang kerana pihak keselamatan akan memastikan ia tidak dibawa masuk ke dalam stadium,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kawalan keselamatan pihak polis bagi perlawanan akhir Piala FA edisi ke-33 itu, yang dijadual berlangsung di gelanggang juara bertahan JDT, di Stadium Sultan Ibrahim pada 9 malam.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619