AGENDA

PM puas hati prestasi menteri, laporan badan penguat kuasa jadi rujukan

18 Jul 2023, 9:59 AM
PM puas hati prestasi menteri, laporan badan penguat kuasa jadi rujukan

SABAK BERNAM, 18 JULAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan prestasi menteri Kabinet bawah Kerajaan Perpaduan yang dibentuk sejak lapan bulan lalu.

Menurut perdana menteri, pencapaian itu hasil pemantauan dan laporan semasa polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Saya sudah jawab, teliti ucapan saya. Lapan bulan saya jadi perdana menteri, saya ikuti laporan semasa ke semasa dan berpuas hati tiada kes menjejaskan daripada segi integriti," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Sentuhan Agro Madani peringkat Selangor di MSekin Wonderland di sini, hari ini yang turut dihadiri Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan pentadbiran negara perlu dijaga dengan baik bagi memastikan amalan rasuah dan isu kecurian wang tidak berlaku dalam Kabinetnya.

"Tanggungjawab saya menjaga supaya jangan ada amalan semacam itu. Jadi, laporan saya berdasarkan prestasi lapan bulan yang dipantau rapi agensi penguatkuasaan, tanpa mengira kedudukan dan parti termasuk parti kerajaan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619