ADN

2,000 pengunjung meriahkan kenduri rakyat DUN Morib

3 Jul 2023, 1:01 AM
2,000 pengunjung meriahkan kenduri rakyat DUN Morib
2,000 pengunjung meriahkan kenduri rakyat DUN Morib
2,000 pengunjung meriahkan kenduri rakyat DUN Morib

Oleh Nina Farzuin Md Sharom

KUALA LANGAT, 3 JULAI: Program Jamuan Sup Perpaduan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib di Dataran Kedai PLB berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 2,000 pengunjung.

Penyandang kerusi DUN Hasnul Baharuddin berkata program dengan kerjasama Umno Bahagian Kuala Langat menghidangkan pelbagai juadah istimewa selain cabutan bertuah.

“Alhamdulillah, ini merupakan program kedua yang dianjurkan bagi merapatkan silaturahim antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN).

“Program ini juga bukanlah setakat mengeratkan perpaduan tapi masa sama adalah untuk kita memberikan sesi penerangan kepada rakyat mengenai pencapaian yang telah disumbangkan di DUN ini.

“Apa yang istimewanya malam ini kita menerima tajaan sebuah motosikal Kriss berkuasa 110cc dan mesin basuh serta beberapa peralatan elektrik lain untuk acara cabutan bertuah yang bertujuan menarik lebih ramai pengunjung hadir,” katanya.

[caption id="attachment_590581" align="alignnone" width="927"] Penyandang DUN Morib Hasnul Baharuddin (dua kiri) dan Ketua Umno Bahagian Kuala Langat Datuk Zurihan Yusop (dua kanan) ketika menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah motosikal Kriss kepada pengunjung bertuah pada program Jamuan Sup Perpaduan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib di Dataran Kedai PLB pada 2 Julai 2023. Foto Facebook Cengkirmuda Muda[/caption]

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Kuala Langat Datuk Zurihan Yusop berkata kehadiran pengunjung menyerlahkan inspirasi Kerajaan Madani yang mengutamakan nilai perpaduan.

“Sambutannya sangat meriah dengan kehadiran pelbagai kaum selaras dengan inspirasi Kerajaan Perpaduan.

“Mudah mudahan ini menjadi kekuatan untuk kita bersama-sama meneruskan kekuatan rakyat Selangor bersama Kerajaan Madani,” ujarnya.

[caption id="attachment_590582" align="alignnone" width="859"] Pengunjung yang hadir pada program Jamuan Sup Perpaduan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib di Dataran Kedai PLB pada 2 Julai 2023. Foto[/caption]

Program bermula jam 8 hingga 12 tengah malam menyajikan pelbagai juadah kepada pengunjung termasuk sup daging, roti canai, kari kambing dan pelbagai jenis air balang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619