AGENDA

Tiada aktiviti ceroboh tanah, hutan negeri di Bukit Enggang

2 Jun 2023, 5:27 AM
Tiada aktiviti ceroboh tanah, hutan negeri di Bukit Enggang
Tiada aktiviti ceroboh tanah, hutan negeri di Bukit Enggang

HULU LANGAT, 2 JUN: Tiada aktiviti pencerobohan tanah dan hutan di kawasan Bukit Enggang, Bandar Sungai Long setakat ini, kata EXCO alam sekitar.

Hee Loy Sian menjelaskan pembangunan jalan dan pembinaan resort oleh pemaju di kawasan berkenaan ketika ini dilakukan di atas tanah persendirian.

“Pendaki dan penduduk membuat aduan kerja-kerja tanah dan pembangunan menganggu aktiviti mereka di kawasan bukit ini. Kawasan ini adalah tanah persendirian sejak 1980-an milik Shah Alam Property (Kumpulan Hartanah Shah Alam).

"Permohanan pembangunan telah dibuat pemaju kepada pejabat tanah dan majlis untuk kelulusan. Dijangka ambil masa dua hingga tiga minggu,” katanya ketika melawat kawasan terbabit di sini hari ini.

[caption id="attachment_584662" align="alignnone" width="839"] Jalan yang dibina pemaju di Bukit Enggang, Bandar Sungai Long, Kajang ketika lawatan EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Hee Loy Sian pada 2 Jun 2023. Foto AFFENDI MOHAMED/SELANGORKINI[/caption]

Tambah beliau, pembangunan resort dan jalan tersebut bertujuan meningkatkan ekopelancongan selain mengurangkan risiko banjir berlaku di kawasan itu.

“Pemaju membina resort hanya sementara waktu (jangkaan 10 tahun) untuk membangunkan sektor pelancongan di kawasan ini yang dikelilingi hutan dan tasik.

“Sekiranya pembangunan jalan tidak dibuat akan mendatangkan bahaya apabila hujan akan menyebabkan tanah pecah kerana adanya tasik di sini dan banjir boleh berlaku,” katanya.

Loy Sian turut memberi jaminan segala pembangunan di kawasan terbabit tidak akan menganggu aktiviti pendakian dan pihaknya akan memantau tahap keselamatan pengunjung di situ.

“Saya mohon pengunjung jaga kebersihan dan merosakkan kawasan tanah,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619