AGENDA

Polis tahan lelaki disyaki rakam video adegan amang seksual ibu, anak

10 Mei 2023, 8:20 AM
Polis tahan lelaki disyaki rakam video adegan amang seksual ibu, anak

KUALA LUMPUR, 10 MEI: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat merakam adegan amang seksual fizikal membabitkan ibu dan anak lelakinya berusia 14 tahun di Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata suspek yang bekerja sendiri itu ditahan Jumaat lepas di sekitar Puncak Alam, Selangor bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau berkata siasatan juga mendapati lelaki berumur 25 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes pemerasan dan rogol.

“Kita turut merampas telefon bimbit suspek yang disyaki digunakan untuk merakam hubungan dua beranak berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama TV hari ini.

Pada 4 Mei lepas, Bernama melaporkan seorang ibu direman bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.

Sementara itu, Ramli berkata lelaki berkenaan juga diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual anak perempuan kepada wanita terbabit yang berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata kes berkenaan telah dilaporkan pada 8 Mei lepas dan lelaki itu diperlukan bagi membantu siasatan kes.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619